Thursday, December 1, 2011

Hadis Bukhari-Ibn Umar


   Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.
  Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
  Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).
  Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Kenapa Kucing Mencakar???



1. Menjaga dan Mengasah Kuku

Ini adalah sebab yang utama, kerana kelakuan mencakar ini sebenarnya membuang lapisan luar kukunya. Ianya sama seperti ular atau labah-labah yang bersalin kulit. Ini akan menajamkan kukunya, apabila kulit kuku lama dibuang dan diganti dengan kulit yang baru dan tajam.
Keupayaan pertahanan diri bertambah dengan adanya kuku yang tajam dan memberikan kucing kelebihan untuk melarikan diri dari pemangsa. Jika kita memelihara kucing sebagai indoor, mungkin pemangsa yang terbesar hanyalah bunyi mesin basuh atau penyedut vakum. Tetapi struktur fizikal ini tetap sama bagi kucing indoor atau outdoor.

2. Tandaan Kawasan

Mencakar adalah salah satu bentuk tandaan kawasan, sama sepertispraying. Tapak kaki kucing mengandungi kelenjar peluh yang akan mengeluarkan peluh dan meruap ke udara untuk mengawal suhu badan kucing. Tetapi bukan itu sahaja, pada bahagian tapak itu juga mengandungi kelenjar bau.
Apabila kucing mencakar, dia akan meninggalkan kesan fizikal cakaran yang boleh dilihat oleh kucing lain, dan juga tandaan bau dari tapak kakinya sebagai mesej jelas kepada kucing lain bahawa ini adalah kawasannya.
Kadangkala kita akan melihat kucing akan menyentuh kita dengan tapak kakinya beberapa kali, sebagai mesej memberitahu bahawa anda adalah miliknya.

3. Regangan Otot

Kucing mencakar untuk meregangkan ototnya di bahagian tapak kaki, kaki dan belakang badan. Sama seperti manusia yang meregangkan badan selepas kita bangun tidur atau duduk terlalu lama.
Kucing menggunakan kukunya sebagai cangkuk bahagian hadapan badan supaya mereka mendapat keregangan untuk keseluruhan badan yang lain. Ini adalah baik untuk kesihatan kucing itu sendiri.

4. Kneading atau Meramas

Kneading sebenarnya bukanlah perlakuan mencakar, tetapi kepada perlakuan meramas atau menguli menggunakan kaki hadapan. Semasa kucing masih kecil dan menyusu dari ibunya, dia akan menggunaan kaki dan kuku yang kecil itu untuk menguli puting susu ibunya.
Kukunya semasa kecil bertindak seperti jarum halus yang akan merangsang aliran susu untuk keluar. Apabila dewasa, sesetengah kucing masih terbawa-bawa dengan kelakuan ini apabila mereka berasa tenteram atau bermanja mungkin kerana kenangan semasa dia masih kecil.
Cumanya apabila sudah dewasa, kukunya bukan lagi kecil dan halus, ia lebih kepada mata jarum yang kasar dan tajam, hehe.
Ada juga pemilik kucing yang tidak suka dengan perlakuan ini, bagi saya ini bukanlah satu masalah. Kucing itu hanya menunjukkan reaksi yang dia selesa bersama tuannya. Apa yang diperlukan adalah memotong sedikit kukunya, dan tidak perlulah sampai ke tahap melakukan ubahan perilaku.

5. Menggaru

Kucing juga menggunakan kukunya untuk menggaru. Tidak ada penyelesaian yang lebih enak dan memuaskan selain menggaru apabila badannya berasa gatal.
Namun begitu, biasanya kucing hanya menggunakan kaki belakang untuk menggaru dan kaki hadapan hanya untuk membersihkan diri (dan kadangkala melibatkan penggunaan kuku).

                                                   

“Kucing adalah air mata Rasulullah”

kat bwah ni sye nk kongsikan serba sdikit tntang haiwan yg kiut miut ni..... hehehe. sape lg kalo bukan Si meow.. (^_^) 


                                          
      sebenarnye, kucing boley tido sampai 16 jam lamenye.. dasyat tol. kemudian, suatu kajian pernah wat kat Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak  membela haiwan itu. its true! so, bela la kucing yew.hehehe....


jap2, ade lg.....  

A&P Kucing ( fakta..fakta..!)

  1. mempunyai 30 ruas tulang belakang, iaitu 5 kali lebih banyak dari manusia
  2. mempunyai 230 tulang, iaitu 24 kali ganda lebih banyak dari manusia 
  3. kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang bertentangan 
  4. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per minit (jika korang nak melakukan pemeriksaan denyut nadi lakukan kat paha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan  kaki dengan badan) 
  5. suhu normal kucing 38.8C 
  6. Setiap kucing mempunyai nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan ada dua kucing  yang mempunyai cap hidung yang sama. same mcm cap jari kite la. huhuhu. 

*p/s- kucing merupakan makhluk Allah yg unik same mcm kite semua :)